Sunday, March 4, 2012

~ღ♥ღ~ Hukum Anjing Menurut Syara Ahli Sunnah Wal Jamaah Bermanhaj Salaf~ღ♥ღ~

~ღ♥ღ~Ãssãllãm'mûãllãïküm Wãrrãhmãttüllãhï Wãbãrrãkãtühü~ღ♥ღ~

╰☆╮╰☆╮╰☆╮Âhlãñ Wã sãhlãñ ╰☆╮╰☆╮╰☆╮

Uraian = Anjing Tidak Najis Disentuh ... Tapi Haram Untuk Dimakan/ Dikonsumsi

Dalam apapun persoalan agama, setiap mukmin wajib berpandu dan menyelesaiakan segala perkara yang timbul melalui al-Quran dan al-Hadith yang sahih. Setiap mukmin wajib mengimani keputusan yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber hukum tersebut. Tidak sepatutnya bagi setiap mukmin terus menerima fatwa tentang najis atau sucinya sesuatu benda, serta haram atau halalnya sesuatu perkara jika sesuatu fatwa tersebut tiada landasannya dari al-Quran atau al-Hadith. Termasuklah yang bersangkutan dengan isu anjing.

Sesuatu fatwa sama ada yang menghalalkan, mengharamkan atau menajiskan, hanya dapat diterima apabila disertakan dengan keterangan (dalil) yang bersumberkan dari al-Quran atau al-Hadith yang sahih sahaja.

Menghalalkan atau mengharamkan sesuatu dalam agama termasuklah menganggap suci atau najisnya sesuatu benda jika tidak diambil dalilnya dari al-Quran atau al-Hadith, maka hukum tersebut dianggap suatu yang diada-adakan atau bid'ah.

"Padahal Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang telah diharamkan kepada kamu". AL 'ANAM, 6:119.Semua persoalan agama telah diselesaikan oleh Allah dan RasulNya melalui kitabNya. Sebagaimana firmanNya:

"Hanya sesuatu yang halal itu ialah yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan sesuatu yang haram itu hanyalah sesuatu yang telah diharamkan di dalam kitabNya. Dan apa-apa yang tidak disebutkan oleh-Nya (Allah) maka itu adalah sesuatu yang dimaafkan(dihalalkan) bagi kamu". (H/R Ibn Majah.)

"Yang halal itu telah jelas (di dalam al Quran dan al Hadith) dan yang haram itu telah jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang samar-samar, tidak mengetahui kebanyakan dari kalangan manusia apakah itu halal atau haram? Sesiapa yang meninggalkan perkara (seperti) itu ia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya, maka dia telah terselamat. Sesiapa yang menjatuhkan dirinya pada sesuatu perkara seperti itu ditakuti ia telah melakukan yang haram ". (H/R al Bukhari dan Muslim.)
Tidak terdapat nas (dalil) dari al-Quran atau dari hadith sahih yang telah menetapkan bahawa anjing itu hukumnya najis. Apa yang terdapat di dalam hadith-hadith yang sahih hanyalah keterangan cara-cara bagaimana mencuci bejana (tempat menyimpan air minuman) yang telah diminum airnya oleh anjing atau yang telah digunakan oleh anjing.

Dalam semua hadith yang dikaitkan dengan anjing, dengan air dan dengan bejana, maka tidak terdapat di dalam kesemua hadith-hadith tersebut kalimah najis, rijsun, tanda-tanda atau isyarat yang menunjukkan bahawa anjing serta apa sahaja yang disentuh oleh anjing itu najis atau menjadi najis sehingga wajib disertu.engan memahami maksud hadith-hadith sahih yang berkaitan dengan anjing sebagaimana yang tercatit di bawah ini, persoalan (hukum) anjing menurut hukum syara dapat diselesaikan dan dipastikan:

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam : Basuhlah bejana (atau tempayan) seseorang antara kamu apabila (airnya) diminum anjing (sebanyak) tujuh kali, dimulakan (pembasuhan itu) dengan tanah ". H/R Muslim.

"Dari Abu Hurairah berkata : Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi . wa-sallam bersabda : Bila anjing minum pada bejana seseorang kamu, hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali". H/R al Bukhari dan Muslim.

"Apabila anjing meminum dari bejana salah seorang kamu, hendaklah ia curah (buang) air itu, kemudian hendaklah ia cuci bejana itu tujuh kali". H/R Muslim.

"Apabila air di dalam bejana diminum anjing maka hendaklah dibasuh tujuh kali dan sempurnakanlah yang kelapan dengan tanah". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasaii, Ibn Majah dan Ahmad.)

Sebutan najis atau sesuatu yang memberi penekanan bahawa anjing itu najis tidak terdapat langsung di semua hadith-hadith di atas. Seseorang tidak mempunyai hak dan tidak ada kuasa untuk memberi maksud tersendiri dari sesuatu hadith kepada maksud yang tertentu jika tidak ada sokongan dari hadith atau dalil syara. Seperti memasukkan maksud najis atau mengandaikan najis pada hadith-hadith anjing lantaran ada suruhan cuci tujuh kali (sertu) sedangkan kalimah najis atau yang menerangkan najis tidak terdapat pada hadith tersebut.Begitu jugalah pada hadith-hadith di atas, kerana Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam tidak pernah menajiskan anjing disemua hadith-hadith di atas. Malah adalah jelas bahawa kesemua hadith-hadith di atas tidak ada yang memberi maksud atau membayangkan sedemikian. Maka tidak sesiapa boleh menajiskan anjing kerana tidak dalil sama ada dari al-Quran atau hadith yang sahih yang menghukumkan demikian.

Syarak telah mewajibkan agar membuang (mencurah) air di dalam bejana lantaran telah diminum airnya oleh anjing kemudian mencuci bejana tersebut tujuh kali. Suruhan ini hanya berlaku jika bejana dan air di dalam bejana tersebut diperuntukkan hanya untuk kegunaan minuman. Tetapijika digunakan untuk kegunaan yang lain (selain untuk diminum) maka air tersebut tidak perlu diibuang dan bejananya pula tidak perlu dicuci tujuh kali. Suruhan mencuci bejana tersebut bukanlah bermakna kerana anjing itu najis, atau dimaksudkan ia sesuatu yang najis sehingga dicuci sebanyak tujuh kali.

Apabila berpandukan kepada sebuah hadith (tentang air yang dijilat anjing) maka air di dalam bejana tersebut masih boleh digunakan untuk berwuduk. Sebagaimana hadith Nabi sallallahu alaihi wa-sallam:

Berkata Az Zuhri: Apabila dijilat air (diminum oleh anjing air) di dalam bejana pada hal tidak ada air lain untuk berwuduk, maka berwuduklah dengan air itu (air yang telah dijilat anjing). Al-Bukhari, kitab wuduk.

Agama Allah adalah agama yang jelas dan tegas. Tidak ada sesuatu yang samar atau tersembunyi. Kalau anjing itu najis tentulah Nabi Muhammad s.a.w akan terus mengatakan atau menegaskan anjing itu najis sedangkan anjing dilihat sendiri oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam berkeliaran, keluar masuk masjid dan kencing di dalam masjid. Sebagaimana hadith yang di bawah ini:

Dari Hamzah bin Abdullah dari bapanya beliau berkata : Didapati ada anjing-anjing yang kencing dan keluar masuk masjid di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam maka tidak seorangpun (dari para sahabat) menjirus (atau menutup dengan sesuatu) air kencing anjing tersebut. H/R alBukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Malik.

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu katanya: Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan". (H/R Bukhari)

Dosa perempuan pelacur yang diceritakan dalam hadith di atas telah diampunkan hanya gara-gara memberi minum anjing dengan kasutnya. Tidak pula diceritakan perempuan tersebut membasuh terlebih dahulu kasutnya sebelum dipakai walaupun terdapat air di situ.Kalau dibaca dan dikaji kitab-kitab fikah dari keempat-empat mazhab dan beberapa kitab fakaha yang lain, secara ringkas kita akan dapat membahagikan hukum tentang anjing kepada beberapa hukum. Antaranya ialah:

1.Terdapat golongan ahli fikah menganggap air liur (ludah) anjing itu najis. Oleh kerana air liur anjing itu terbit dari tubuh anjing, maka mereka menghukumkan keseluruhan tubuh anjing itu najis. Mereka menghukum najis kerana adanya suruhan dari nabi s.a.w agar dibuang airdibejana yang telah diminum anjing dan bejana tersebut pula perlu dicuci sehingga tujuh kali, sekali dari cara pencuciannya ialah dengan menggunakan tanah (sertu).

2.Golongan kedua berpendapat wajib mencuci bejana yang diminum anjing airnya sehingga tujuh kali, dan ditambah pula dengan adanya suruhan agar air yang terdapat di bejana itu dibuang. Ini menunjukkan bahawa hanya air liur anjing sahaja yang najis tetapi keseluruhan tubuhnya tidak najis (suci).

3.Golongan yang menegaskan bahawa keseluruhan tubuh anjing itu tidak najis walaupun dalam keadaan apa sekalipun (basah atau kering), termasuk air liurnya dan bulunya. Hanya yang wajib ditaati ialah perintahNabi Muhammad s.a.w iairu mencuci setiap bejana apabila diminum airnya oleh anjing, atau setiap tempat makanan yang telah digunakan oleh anjing perlu dicuci sebanyak tujuh kali. Mereka berpegang kepada pendapat ini kerana tidak ada keterangan, penentuan atau penetapan dari al-Quran atau al-Hadith yang telah menajiskan anjing. Suruhan untuk mencuci tujuh kali bejana yang telah digunakan oleh anjing bukan menandakan najisnya anjing tersebut.
Kesimpullan : - Orang Yang Mengada-ngadakan suatu Hukum Najis/ tidak-na sesuatu Maka Bisa Disebut Itu Bid'ah
TIADA KALIMAH NAJISNYA ANJING DALAM HADITH SAHIH

Tidak terdapat walaupun sebuah hadith sahih yang menyebut, menerangkan atau menetapkan bahawa anjing itu najis. Sama ada air liurnya, bulunya, sesuatu dari tubuhnya atau keseluruhan tubuh anjing tersebut. Malah anjing telah digunakan oleh beberapa orang sahabat untuk menjaga kambing, ladang, harta benda atau digunakan untuk memburu binatang yang halal dimakan. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang para sahabat yang memelihara atau menggunakan anjing untuk sesuatu tujuan. Keterangan ini dapat difahami melalui hadith-hadith baginda di bawah ini:

"Telah berkata Ibnul Mughaffal : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar dibunuh anjing-anjing, kemudian beliau bersabda: Apa sebab mereka itu suka kepada anjing! Kemudian Rasulullah membolehkan memelihara anjing untuk memburu dan untuk menjaga kambing". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasai, Ibn Majah dan Ahmad.)

Anjing selain digunakan untuk memburu dan menjaga keselamatan harta benda sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith sahih di atas, haiwan ini juga banyak kegunaanya kerana terbukti dapat digunakan untuk menyelamat, mengesan mangsa yang hilang di hutan dan dapat mengesan serta mengenal sesuatu benda dengan kekuatan hiduannya.

Agama Islam tidak akan menajiskan sesuatu binatang jika ia tidak pemah dinajiskan oleh Allah dan RasulNya termasuklah anjing yang mana dewasa ini banyak membantu manusia malah di saat-saat tertentu anjing sangat diperlukan oleh manusia.

ahli sunnah wal jamaah aswj bermanhaj salaf

Anjing termasuk haiwan yang dihalalkan untuk dijadikan alat untuk memburu. Jika anjing itu dihukum najis berat sebagaimana yang disangkakan tentulah sukar untuk dijadikan alat untuk memburu. Kerana anjing akan bergumpal dan menggigit mangsanya sehingga mati atau lemah. Keadaan begini menyebabkan tubuh buruannya mempunyai kesan gigitan dan dipenuhi oleh air liurnya. Jika anjing dihukum najis tentulah binatang buruan hasil dari tangkapan anjing akan dipenuhi oleh najis, maka bagaimana untuk menyertu binatang buruan tersebut jika dipenuhi dengan najis dari anjing?.

Hadith di bawah ini adalah hujjah untuk menjelaskan hukum tentang pemburuan mengunakan anjing:

"Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah. Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah ". (H/R Bukhari)

"Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim radiallahu 'anhu katanya: Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjingyang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya ". (H/R Bukhari)

Dalam syara binatang yang mati setelah ditangkap oleh anjing buruan yang telah dilatih untuk memburu adalah halal dimakan dagingnya tanpa diwajibkan disembelih lagi. Tangkapan anjing tidak pernah diwajibkan oleh Nabi Muhammad s.a.w supaya disertu terlebih dahulu sebelum mangsa buruan itu dipegang, dimasak dan dimakan. Sebagaimana hadith-hadith sahih di bawah ini:

"Dari 'Adi bin Hatim berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam maka aku katakan: Kami tergolong kaum pemburu yang memburu dengan anjing. Maka bersabda baginda : Apabila kamu melepaskan anjing buruan kamu yang terlatih maka ucapkanlah: (Bismillah maka makanlah apa yang telah dapat kamu tangkap melalui anjing tersebut, kecuali apa yang telah dimakan oleh anjing tersebut maka usahlah kamu makan, sesungguhnya aku takuti dia menangkapnya kerana untuknya sendiri (bukan untuk tuannya) dan jika dikongsi oleh anjing-anjing lain janganlah kamu memakannya". (H/R al Bukhari, Muslim, at Turmizi, Abu Daud.)

Walaupun anjing tidak najis tetapi Islam tidak menggalakkan seseorang Muslim memelihara anjing jika hanya untuk bersuka-suka (kegemaran semata) kecuali jika ada kepentingan atau kerana keperluan tertentu. Keterangan ini berpandukan kepada hadith nabi yang menggalakkan agar kita membunuh anjing yang tidak memberi manfaat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Sesiapapun dari mana-mana kaum yang memelihara anjing yang bukan kerana tujuan untukpenjagaan (seperti menjaga harta) untuk memburu atau penunjuk jalan. Maka akan dikurangkan pahalanya setiap hari sebarat wang emas". (H/R Ahmad, Muslim dan at Turmizl)

"Berkata Ibn Omar : Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah mengarahkan supaya dibunuh anjing-anjing". (H/R Muslim)

"Berkata Ibn Abbas : Maka (kami) diarahkan oleh Rasullullah . sallallahu 'alaihi wa-sallam untuk membunuh anjing-anjing, sehingga pernah juga mengarahkan (kami) untuk membunuh anjing penjaga kebun yang kecil dan membiarkan anjingpenjaga kebun yang besar". (H/R Muslim)

"Dari Ibn Omar berkata : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan supaya dibunuh anjing-anjing, maka dikerah ke seluruh Madinah untuk membunuh anjing". (H/R al Bukhari, Muslim, at Turmiizi, Ibn Majah, Ahmad dan Malik)

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bahawa malaikat tidak akan masuk ke rumah jika terdapat di dalamnya anjing atau gambar makhluk bernyawa (termasuk patung) kecuali malaikat maut, malaikat pencatit amal kebaikan dan dosa.

Anjing boleh dihukum najis hanya apabila ada keterangan atau penentuan dari Allah dan RasulNya. Tiada siapa yang boleh menajiskan anjing hanya kerana tidak masuknya malaikat ke rumah seseorang yang didapati ada anjing di dalamnya, bukan juga disebabkan ada suruhan supaya membunuhnya dan bukan juga kerana telah diwajibkan mencuci setiap bejana dantempat makanan yang telah digunakan oleh anjing airnya dengan cucian sebanyak tujuh kali.

"Berkata Maimunah : Rasulullah s.a.w bersabda : Berkata Jibril : Kami tidak masuk ke rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar. Maka pada hari itu Rasulullah s.a.w mengarahkan membunuh anjing-anjing hinggalah beliau menyuruh membunuh anjing yang kecil (anak anjing)". (H/R An-Nasai)

Semoga Bermanfaat...... 



╰☆╮Jãzãkûmûllãh Khãïrãñ Kãtsïrãñ Wã Jãzãkûmüllãh Ãhsãñãl Jãzã╰☆╮

~ღ♥ღ~Wãssãllãm'müãllãïküm Wãrrãhmãttüllãhï Wãbãrrãkãtühü~ღ♥ღ~

No comments:

Post a Comment